3. Menjaga Perasaan
   
Bangunkan sikap positif untuk membina kejayaan. Untuk mengubah sikap kita perlu mengubah perkara-perkara yang mempengaruhi sikap. Terdekat dan paling mempengaruhi sikap ialah perasaan. Untuk mengubah sikap kita perlu mengubah perasaan. Untuk menjaga sikap kita perlu menjaga perasaan.

Perasaan perlu dijaga kerana ia mempengaruhi segala perbuatan, perlakuan atau tingkah
laku lebih-lebih lagi yang ada kaitannya dengan orang lain.

Perasaan kita adalah reaksi kita terhadap kepercayaan, pemikiran, janji diri dan kesedaran kita terhadap kelebihan dan kelemahan diri. Demikian juga perasaan orang lain terhadap diri kita dan perasaan kita terhadap orang lain.

Mengenali dan memahami perasaan beerti mengenali dan memahami sikap atau reaksi kita terhadap orang lain, persekitaran dan dunia kehidupan seluruhnya.

Sedemikian banyaknya perasaan, sedemikian berpengaruhnya perasaan dalam mencorakkan jalinan perhubungan dan kemesraan. Buku ini menyenaraikan sebahagian perasaan yang kita miliki dan bagaimana menguasai menjaganya untuk memberi kekuatan pada diri khasnya dalam usaha menjaga perhubungan.



[ kembali ]


Hakcipta terpelihara © 2005 mypotensi.com