En.
Alias Haji Muda berminat menulis sejak awal 1980’an
menggunakan nama pena Alias H.M. Pandangan-pandangan beliau
ketika itu mengenai pendidikan pernah tersir di akhbar-akhbar
Berita Harian, Utusan Malaysia, Majalah Mastika, Dewan Masyarakat
dan Dewan Budaya.
Encik Alias adalah
ahli berdaftar Malaysian Association of Professional Speakers
(MAPS), memiliki Sijil Kejurulatihan Program Bina Negara (1993),
Sijil TNA MARA (1997), Sijil TOT LPU MARA (1998) dan Sijil
TOT MARA (1999). Pernah menjadi panel temuduga/panel forum
/penceramah /pemudahcara /penyelaras kursus-kursus keusahawanan
SUS, LAP Kakitangan Kerajaan, PUM pelajar anjuran Kementerian
Pembangunan Usahawan, kursus-kursus keusahawanan MARA seperti
PUTEK, Program PUTRA dan lain-lain serta kursus-kursus keusahawanan
KAKS untuk beberapa buah IPTA.
|
|
Pernah
menyertai kongres, seminar, kursus, latihan dan ceramah motivasi
yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh seperti Edward de Bono,
Jim Rohn, Dr. Robert H. Schuller, Les Brown, Jack Confield,
Mark Victor Hansen, Amanda Gore, Joe Girard, Pete Crofts,
Dr. Daniel Goleman, Andrew Matthews, Dr. Denis Waitley, Robert
Kiyosaki, Daniel Johnson, Ralph R. Roberts, Blair Singer,
Harvey Mackey, Gerry Robert, Ron Kaufman, Robert Pante, Dr.
John Gray, Brad Cooper, Joseph Mc Clendon III, Brian Tracy,
Allan Pease, Tom Hopkins, Robert G. Allen, Chris Newton, Jerry
Parez, Jay Abraham, Lawrence Walter Ng, Prof. Seyyed Hossein
Nasr, Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah, Datuk Maznah Hamid,
Datuk Dr. Hassan Ali, Jaafar Rahim, Zubli Zainordin, Ranjit
Singh Malhi dan lain-lain. ( lihat galeri
bersama Mentor )
Encik Alias merupakan Pengasas Motivasi Potensi Diri dimana
modulnya telah digunakan didalam kursus-kursus motivasi yang
beliau kendalikan. Sejak 1994 Encik Alias telah mengendalikan
beratus kursus/ceramah Motivasi kepada usahawan/bakal usahawan,
ibu bapa, guru dan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah,
pusat matrikulasi, pusat pengajian tinggi awam dan swasta,
pelajar universiti, guru pelatih maktab perguruan, kakitangan
kerajaan dan swasta, syarikat jualan langsung, syarikat kenderaan,
kesatuan sekerja, persatuan belia, persatuan wanita/ibu tunggal,
pesara/bakal pesara, pemandu teksi/bas, penyelia/pekerja kilang,
penghuni rumah anak-anak yatim, penagih dadah, golongan kurang
upaya (cacat anggota), golongan istimewa (cacat penglihatan)
dan tahanan (banduan) di Penjara Kajang. Encik Alias pernah
mengendalikan ruangan Motivasi di Majalah AKADEMIK (1993 hingga
1997) di Majalah CINTA (1997) di Majalah USAHAWAN Malaysia
(2000), kolumnis di majalah FAMILI. (2001 -2005), kolumnis
di majalah MEDIA USAHAWAN (mulai 2004) dan sekarang kolumnis
di majalah PEREMPUAN dan e-majalah parttime2u.com. En. Alias
pernah menjadi tetamu Radio Tujuh rancangan TETAMU dan rancangan
JALAN BARU. Di Radio Satu secara langsung dalam rancangan
ERA JAYA dan rancangan MOTIVASI BERSAMA RTM dan RTB Brunei.
Tetamu ASTRO RIA dalam rancangan ANITA dan tetamu RTM TV1
rancangan Selamat Pagi Malaysia slot Titian Jaya.
|