Untuk berjaya didalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan
didalam kehidupan seharian kita perlu berusaha secara berterusan
menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih
baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita didalam tiga
perkara.
| 1. |
Menambah Ilmu Pengetahuan
(tahu apa) |
| 2. |
Mempelbagaikan Kemahiran (tahu
bagaimana) |
| 3. |
Merubahkan Sikap Kearah Yang Positif
(tahu kenapa) |
Inilah yang dilakukan
didalam latihan atau kursus - kursus yang dianjurkan oleh
jabatan kerajaan atau swasta untuk kakitangannya atau yang
dilakukan sendiri oleh individu yang mahu meningkatkan dirinya.
Motivasi Potensi Diri ialah modul yang berkaitan dengan perubahan
sikap kearah yang positif. Sikap adalah perkara yang sukar
diubah seperti sabda Rasulullah, " Kalau ada orang menyatakan
Gunung Uhud itu sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa
dilihat terlebih dahulu. Tetapi kalau ada orang yang menyatakan
Polan itu sudah berubah perangainya jangan kita terima kecuali
kita saksikan dulu." Bagaimanapun ia boleh diubah seperti
tercatat didalam Surah Arra'd ayat 11, ' Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka
sendiri yang mengubahnya'.
Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk
berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana
tidak tahu caranya.
Berdasarkan pembacaan, mengikuti kuliah, pemerhatian, pengalaman
dan sedikit kajian saya menemui satu fakta yang menarik tentang
perubahan sikap iaitu:
Seseorang itu tidak boleh berubah dengan
cuba mengubah sikap. Apa yang perlu dilakukan ialah terlebih
dahulu mengenali dan memahami apakah faktor-faktor kepada
perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih
dahulu. Umpama penyakit puncanya perlu diketahui dan difahami
untuk memudahkannya diubati.
MODUL MOTIVASI POTENSI DIRI
Faktor kepada perubahan sikap ialah
perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan
kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.
Untuk mengubah sikap
kita perlu mengubah perasaan.
Sebelum mengubah perasaan
kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan
kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran
kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi
kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri
kita perlu mengenali potensi diri.
Mengenali Potensi (kelebihan & kekurangan) Diri menjadi
asas kepada usaha merubah perkara - perkara yang lain. Pembahagian
topik (penerangan & perbincangan) Motivasi Potensi Diri
adalah seperti berikut :
Setiap topik memerlukan satu atau dua jam ceramah untuk dibincangkan
secara formal, memakan masa yang lebih panjang apabila diserap
melalui aktiviti dan simulasi. Menariknya ia boleh disesuaikan
dengan pelbagai tajuk ceramah untuk semua golongan peserta.
Ia juga menjadi asas didalam penulisan saya setiap bulan dibeberapa
majalah yang membincangkan pelbagai isu.
|